Tuesday, 29 October 2013

Tips Menguruskan Badan Dengan Cepat Dan Tanpa Kesan Sampingan




Mempunyai badan yang kurus atau langsing merupakan impian semua orang, apalagi untuk kaum perempuan...tak kira berapa tahap umurnya..masing-masing nak nampak cantik dan yang penting SIHAT. Tidak lupa juga, kaum lelaki sekarang juga ramai yang dah mengambil berat soal berat badan ni. Malu katanya apabila berat makin naik.. diorang tak nak kelihatan seperti pasangan nombor "10" atau nombor "80". Hah..nombor apa pulak tu? Nak tahu? hehe

10 - seorang kurus, seorang gemuk
80 - seorang ramping, seorang lagi gemuk.. Lepas ni jangan buat-buat tak faham lagi ye kalau ceq cakap pasal kod bernombor ni ye.. hihi...

yang kaum perempuannya nak nampak cantik, bergaya dan menarik gitu...dan yang lelakinya mestilah nak nampak bergaya dan kacak.. tak gitu abang? hihi
Cantik-cantik juga..tapi jang lupa..yang penting..CANTI dan SIHAT.. kalau setakat cantik dan KURUS tapi tak sihat... cekung je.. muram je muka.. tak bagus juga kan.. kalau badan gemuk tapi SIHAT, tak apa lah... tapi sure ke betul-sihat dan tak ada penyakit? sebabnya..kalau kita mempunyai badan dengan berat badan yang berlebih atau over weight akan mudah sangat terdedah terhadap penyakit. bahaya juga tu kan... Ok.. Dalam post kali ini ceq akan berkongsi kepada kepada korang semua tentang tips dan cara menguruskan berat badan dengan cepat bersama SHAPE PLUS + EVE FIBER . 

____________________________________________________________

Tips Dan Cara Menguruskan Badan Dengan Cepat:

1 . Tingkatkan Waktu Sukan
Cara ini sudah terbukti boleh menurunkan berat badan. korang boleh memulakan dengan sukan kecil seperti jalan di kawasan perumahan.. kawasan joging atau taman bunga (bukan pergi dating ya..haha) dan lain-lain tempat yang korang boleh jalan dengan selamat. Even kalau time pergi atau balik kerja..cubalah cari alternatif lain untuk berjalan kaki... ini tak, rumah dekat dengan LRT pon nak naik cab jugak.. (mohon terasa ye..hihi) Korang juga boleh pergi ke mana-mana gym dan cuba menggunakan elliptical trainer selama 40 minit dalam 5 hari , ini akan membantu korang untuk menurunkan berat badan, dan tentunya badan anda akan terasa lebih segar bugar.

2. Elakkan Minuman Bersoda
Bila korang dah terbiasa meminum minuman bersoda, memang susah la nak berhenti tabiat tu kan..pantang jumpa je... Start sekarang, korang kenalah  kurangkan atau tinggalkan terus minuman macam tu. Sebab apa?
Sebab didalam sebotol kecil minuman berseoda tu ada lebih kurang 250 kalori yang berpunca daripada GULA. Bagi kaum perempuan yang sering mengambil minuman bersoda akan lebih besar kemungkinannya diserang Obesiti. Bukan hanya obesiti,diabetes dan osteoporosis pon boleh dapat. Oh, Tidak!

3. Lupakan Junk Food
Tahukah korang bahawa makanan segera ni penuh dengan kalori?. Dan kalori dalam makanan segera ni kebanyakan berasal dari LEMAK. Bahkan, satu hidangan makanan segera terutama yang jenis junk food mengandungi semua jumlah kalori yang kita perlukan dalam satu hari. Jadi kita kena kurangkan pengambilan makanan-makanan segera ni..Yang rasa diri dia tu wanita, kenalah rajin memasak makanan sendiri ye..jangan asyik nak makan mee maggie je... hihi...Aktiviti memasak tu pon adalah salah satu senaman juga taw... sedikit sebanyak dapat mengurangkan berat badan juga walaupun sikit-sikit... :)

4. Kurangkan Hidangan Makan
Part ni ceq percaya memang ramai yang susah nak buat.. ceq pun sama juga... tapi tu la..demi KESIHATAN dan KECANTIKAN..ceq gagahkan juga... Bila korang sudah terbiasa ambil makanan lebih, lemak korng pon akan bertambah lebih-lebih la jawabnya..cuba kawal nafsu makan tu ya.. jangan ada 10 hidangan, semua hidangan tu korang nak makan.. hohoho..

5. Makanlah Lebih Kerap Dalam Hidangan Kecil
Makan lebih kerap dalam jumlah yang kecil ni bertujuan untuk bagi korang rasa kurang lapar. Kalau sebelum ni korang makan 1 pinggan nasi penuh... start harini korang cuba kurangkan menjadi separuh pinggan sahaja.. InsyaAllah, sangat membantu korang dalam mengawal nafsu makan.. 

6. Perbanyakkan memakan Buah dan Sayur
Gantilah kebiasaan korang makan kerepek kentang atau coklat dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Dengan begitu korang akan mendapat 2 kebaikan, yakni mengurangkan berat badan dan mendapat nutrisi yang sihat dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Bagus kan!

7. Minumlah Sebelum Makan
Tahukah anda bahawa dengan  meminum air putih 5-10 minit sebelum makan dapat mengurangkan rasa lapar? Ya.. ianya terbukti berkesan! Jadi 5-10 minit sebelum makan pastikan korang minum air putih terlebih dulu ya. Dengan cara ni, korang juga dapat mengurangkan pengambilan hidangan makanan kerana korang sudah merasa sedikit kenyang. Bagus kan tips ni.. :)

8. Cari Aplikasi yang Membantu Program Diet
Nah untuk cara menurunkan berat badan secara semulajadi yang satu ini terbilang unik dan moden. Yakni dengan aplikasi program diet. Sekarang sudah banyak sekali aplikasi untuk membantu memudahkan program diet. Anda boleh mencarinya di Google atau tempat aplikasi sesuai alat anda, semisal kalau android boleh melawat Android Market .

9. Ganti Nasi Putih dengan Nasi Merah
Jika korang ingin langsing dalam masa yang cepat, korang juga boleh mengaplikasikan tips ini dengan menukar karbohidrat putih dengan karbohidrat kompleks. Karbohidrat ini memerlukan masa yang lama untuk dicerna oleh tubuh, sehingga perut terasa kenyang lebih lama. So, tubuh kita boleh menggunakan banyak tenaga yang berguna untuk mengurangkan kalori. Daripada memakan nasi putih, korang bolehlah menukar nasi dengan kentang ( rebus), kacang, oats dan roti gandum kerana makanan ini termasuk dalam kumpulan karbohidrat kompleks yang kaya dengan serat. 

10. Elakkan Makanan yang Digoreng
Nak lagi cepat turun berat badan, korang juga kena lebihkan makanan yang direbus,  panggang, kukus, stim atau sup dan kurangkan makanan yang digoreng. Ini kerana makanan yang digoreng sangat berpotensi menyimpan lemak trans yang boleh meningkatkan kolesterol dan menyebabkan penimbunan lemak berlebihan di dalam tubuh. Ingat tuuuu...

____________________________________________________________

KHASIAT SHAPE PLUS:

Untuk menyempurnakan usaha korang menguruskan berat badan, ceq syorkan pada korang untuk mengambil SHAPE PLUS. 
Kebaikan dan kelebihan Shape Plus:
 Membantu Meningkatkan Kadar Metabolisma dalam badan
✔ Menggalakkan pembakaran lemak dan menurunkan kadar kolesterol
✔ Membantu menguatkan imun sistem dalam badan
✔ Membantu menyingkirkan toksin dalam badan
✔ Membantu meningkatkan kalsium pada tulang
✔ Mencantikkan kulit dengan menggalakkan pembaikan dan pembentukan tisu dengan menyumbang bahan kolagen untuk kulit dan awet muda
✔ Membantu melancarkan proses pencernaan dan seterusnya menurunkan berat badan
✔ Membantu menyingkirkan selulit (lemak degil) dari lapisan bawah kulit
✔ Meningkatkan tenaga dan badan lebih berasa cergas dan sihat
✔ Membantu mengawal pembentukan lemak baru dalam badan
✔ Membantu menyerikan wajah dan mengelak wajah dari menjadi kusam




Jangan jadi macam dalam gambar ni baru nak berubah ye.. 

No comments:

Post a Comment