Kenal tak siapa dalam gambar ni?? ya.. Dato' Siti Nurhaliza Tarudin... saja je mengimbas kembali memori time beliau berkahwin... cantik kan... hehe.. suka sangat tengok dia ni...
ok.. berbalik pada story kita.. lately ramai artis yang dah berkahwin dan berhijrah dengan berhijab.. ALHAMDULILLAh.. harap2 mereka semua istiqomah untuk terus berhijab..
dan ramai pula kawan-kawan yang sebaya dengan ceq dah berumah tangga..yang ada anak 2 pun dah ada okey.... bila la pulak turn ceq ni ye? hihi...InsyaAllah... doakan ceq yeee... ^_^
Tu duk buat apa pengantin oi??? suami kunci tak bagi masuk bilik ka?? hahaha...
Pengantin dan Lesung Batu tajuk ceritanya..hahaha... semua tu gara-gara pintu bilik housemate terkunci lah... dalam hati.. ("serba guna juga lah lesung batu ni kan").. siap uncle rumah bawah naik ketuk pintu kami...hahaha...ya lah... pukul 9-10 malam duk bertukang..apa kessss..
so..moral of the story... sediakan spare key di luar bilik untuk keselamatan anda dan keluarga anda ye.. :)
Back to our story...sebenarnya ceq nak share pasal inai.. ceq minat juga la lukis-lukis inai ni... sebab ceq memang minat melukis (time dulu-dulu la...la ni nak pegang pensel pun payah...huhu)..ceq nak share apa pasal inai ni??
tadi share pasal Dato' Siti kahwin... lepas tu pasal Pengantin + Lesung Batu.. lepas tu Inai pulak... haaa..nampak tak disitu...semua tu ada kaitan kan...
ye la..dulu-dulu orang nak pakai inai mesti kena tumbuk daun inai dengan lesung batu kan.. sekarang ni tak lagi.. banyak dah instant Inai/ Henna ni.. macam mee instant pulak kan...
Apa hukum anak dara berinai? boleh atau tak?
Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak.
Muzakarah telah memutuskan bahawa:
✔ Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
✔ Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
✔ Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
SUMBER : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemakaian-inai-bercorak-mengikut-syarak
__________________________________________________________________________
No comments:
Post a Comment