Wednesday, 30 October 2013

Sabun Ketiak?

Sabun Marine Essence Beauty atau lebih dikenali dengan Sabun Cerah ketiak yang boleh memutihkan kulit badan dan ketiak, menjadikan kulit lebih lembut, sihat dan sentiasa berseri-seri. Amat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit atau ekzema.


Tiada lagi masalah:
~ bau badan
~ ketiak hitam
~ daki di tengkuk
~ gelap di celah peha/ketiak
~ lutut, siku
~ eczema
~ ruam
~ gatal-gatal
~ kulit wajah berminyak
~jerawat/parut jerawat
~jeragat

Sabun Marine Essence Beauty dirumus khas anti-oksidan dan minyak asli. Tiada bahan merbahaya..

Antara kandungannya terdiri dari:-
1.Garam Buluh
2.Pheno-SFE (Ekstrak Teh Pu-erh)
3.Ekstrak Liquorice
4.Minyak Tea Tree
5.Vitamin E
6.Aloe Vera

So..dah cuba, pasti nak order lagi!



SOALAN LAZIM SHAPE PLUS

Soalan -soalan yang kerap ditanya:

1. Apakah fungsi utama Shape Plus?

Jawapan: Fungsi utama Shape Plus adalah untuk membantu mengendalikan nafsu makan dan mengurangkan pengambilan makanan. Kedua, untuk membantu metabolisma tubuh membakar lemak yang berlebihan, selain dari kesan yang berganda untuk mencapai hasil yang terbaik dalam penurunan berat badan.

----------------------------------------------------------------------------------------------

2. Bilakah Shape plus perlu diambil untuk mencapai keputusan penurunan berat badan terbaik?


Jawapan: Waktu yang dicadangkan untuk mengambil satu pek Shape Plus adalah 15 minit sebelum sarapan setiap pagi (bagi sesiapa dengan masalah perut atau sakit gastrik haruslah mengambil Shape Plus 15 minit selepas sarapan).
----------------------------------------------------------------------------------------------

3. Reaksi normal selepas pengambilan Shape Plus?

Jawapan:

a) Denyutan jantung lebih cepat – apabila metabolisma tubuh meningkat, peningkatan denyutan jantung adalah normal.

b) Kehausan – air memainkan peranan yang penting dalam proses pembakaran lemak dalam badan. Kekurangan air akan mengurangkan dan melambatkan kesan penurunan berat badan. Jika tubuh tidak mempunyai tahap air yang mencukupi, maka haus merupakan respons yang normal.

c) Kepeningan – semasa proses pembakaran lemak oleh metabolisma tubuh badan, anda mungkin akan mengalami kepeningan jika tidak mengambil makanan sarapan yang mencukupi, terutamanya jika digabungkan dengan kekurangan glukosa dalam tubuh badan. Anda boleh menyembuhkan kepeningan dengan segelas air dengan gula atau madu. Anda juga boleh cuba gula-gula jika glukosa dan madu tidak dapat membantu.

d) Ketidakmampuan untuk tidur/insomnia – Selepas mengambil Shape Plus, metabolisma tubuh akan dipercepatkan, inilah sebabnya anda dicadangkan untuk mengambil Shape Plus di siang hari dan bukannya pada waktu malam. Namun, kerana tubuh setiap individu adalah berbeza, terdapat pelanggan yang mengambil Shape Plus di waktu pagi dan masih belum dapat melelapkan mata pada waktu malam. Akan tetapi dalam masa seminggu, tubuh badan anda akan menyesuaikan diri dan pola tidur anda akan kembali ke normal

e) Lapar Selepas Makan – Salah satu bahan dalam Shape Plus ialah citirmax yang dapat membantu mengendalikan nafsu makan. Walaupun sesetengah pelanggan tidak merasa lapar selepas mengambil Shape Plus, tetapi kerana tubuh masing-masing berbeza, terdapat juga pelanggan yang mungkin masih akan rasa lapar. Jadi anda haruslah memperhatikan tabiat makan anda supaya tidak makan terlalu banyak.

----------------------------------------------------------------------------------------------

4. Golongan manakah yang tidak sesuai untuk mengambil produk Shape Plus?


Jawapan: Produk ini tidak disyorkan pada wanita hamil, pesakit kanser dan pengguna yang menghidap penyakit yang serius.
----------------------------------------------------------------------------------------------

5. Adakah Shape Plus meninggalkan kesan sampingan?

Jawapan: Shape Plus tidak meninggalkan kesan sampingan kerana Shape Plus diperbuat daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Namun demikian, pelanggan dinasihati supaya tidak mengambil melebihi had normal.

----------------------------------------------------------------------------------------------

SHAPE PLUS TAK HALAL?

Siapa kata SHAPE PLUS & EVE FIBER ni tak HALAL?

InsyaAllah... Dijamin HALAL tau!

Tak percaya juga? cuba tengok sijil ni... 



Ok... apa macam? sekarang dah percaya ka? hihi...

Apa tunggu lagi...gunakan SHAPE PLU & EVE FIBER TANPA WAS-WAS ya.. ^_^

Nak Order? KLIK SINI

TESTIMONI BERGAMBAR SHAPE PLUS & EVE FIBER















CARA MENGENALPASTI SHAPE PLUS TIRUAN

Sekarang ni memang banyak produk untuk menguruskan badan dengan cepat... Pantang ada produk baru di pasaran, tak lama kemudian mesti ada produk tiruan.. kompom!!



SHAPE PLUS TIRUAN? Ya..memang dah ada SHAPE PLUS tiruan ni.. sangat menakutkan.. iyalah.. ceq risau jugak la kalau-kalau pengguna bawah ceq ada yang terbeli daripada mana-mana individu yang menjual SHAPE PLUS tiruan ni.. bahayaaaaaaa taw... please alert..

Oleh kerana keberkesanan dan kejayaan SHAPE PLUS dalam membantu pengguna untuk menguruskan badan mereka, ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan meniru dan menjual dengan harga murah di kedai-kedai jamu..siap ada yang offer bagi FREE GIFT yang sama dengan company offer..wah..pandai kan puak-puak ini.. Allah maha berkuasa, sesungguhnya rezeki yang haram itu adalah tidak akan mendapat keberkatanNya.. 


Tapi tu la..kesian la pada pengguna-pengguna yang terbeli dengan puak-puak ini...mungkin ramai yang tidak mendapat maklumat yang betul.. 

SILA AMBIL PERHATIAN YA...


1) pihak syarikat TIDAK PERNAH supply produk shape plus dan eve fiber ke kedai2 jamu. 

2) harga adalah tetap 2 kotak free sekotak Rm240. dan 2+1 shape plus dan eve fiber RM370 tiada lebih dan tiada kurang kecuali syarikat buat promosi.
p/s: jika dijumpai murah daripada tu please fikir 1000 kali sebelum beli ya..
3) Agen dan stokis kami hanya ada 200 orang dan kesemuanya hanya JUAL ONLINE SAHAJA dan TIADA KEDAI KIOSK/ TIDAK DIBERNARKAN JUAL DI KEDAI.  
5) Kami akan GUIDE anda cara makan yang betul. kerana kami bukan sekadar penjual tapi kami dulu yang turun berkilo-kilo dengan shape plus dan eve fiber.
6) jika anda membeli dari kedai-kedai jamu tersebut kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa masalah kepada anda. sebab setiap barang yang keluar kami rekodkan. semua senarai pelanggan akan kami rekodkan ya!

Jangan tertipu dengan pujuk rayu agen yang menjual SHAPE PLUS MURAH ya.. :)

Macam mana nak kenal pasti SHAPE PLUS tiruan ni?






Perbezaan Hologram yg terdapat di kotak Shape Plus Tiruan dan Shape plus Original. Yg dikenalpasti hanya ada 1 shj no hologram di shape plus tiruan iaitu “S000470″ sedangkan Nombor Hologram di Shape Plus original berbeza setiap kotak



JANGAN TAKUT beli ONLINE dgn saya (kod agen SSR185) kerana saya adalah agen sah syarikat.

SENARAI AGEN BOLEH CHECK DI SINI. (KLIK SINI)

Tuesday, 29 October 2013

Tips Menguruskan Badan Dengan Cepat Dan Tanpa Kesan Sampingan




Mempunyai badan yang kurus atau langsing merupakan impian semua orang, apalagi untuk kaum perempuan...tak kira berapa tahap umurnya..masing-masing nak nampak cantik dan yang penting SIHAT. Tidak lupa juga, kaum lelaki sekarang juga ramai yang dah mengambil berat soal berat badan ni. Malu katanya apabila berat makin naik.. diorang tak nak kelihatan seperti pasangan nombor "10" atau nombor "80". Hah..nombor apa pulak tu? Nak tahu? hehe

10 - seorang kurus, seorang gemuk
80 - seorang ramping, seorang lagi gemuk.. Lepas ni jangan buat-buat tak faham lagi ye kalau ceq cakap pasal kod bernombor ni ye.. hihi...

yang kaum perempuannya nak nampak cantik, bergaya dan menarik gitu...dan yang lelakinya mestilah nak nampak bergaya dan kacak.. tak gitu abang? hihi
Cantik-cantik juga..tapi jang lupa..yang penting..CANTI dan SIHAT.. kalau setakat cantik dan KURUS tapi tak sihat... cekung je.. muram je muka.. tak bagus juga kan.. kalau badan gemuk tapi SIHAT, tak apa lah... tapi sure ke betul-sihat dan tak ada penyakit? sebabnya..kalau kita mempunyai badan dengan berat badan yang berlebih atau over weight akan mudah sangat terdedah terhadap penyakit. bahaya juga tu kan... Ok.. Dalam post kali ini ceq akan berkongsi kepada kepada korang semua tentang tips dan cara menguruskan berat badan dengan cepat bersama SHAPE PLUS + EVE FIBER . 

____________________________________________________________

Tips Dan Cara Menguruskan Badan Dengan Cepat:

1 . Tingkatkan Waktu Sukan
Cara ini sudah terbukti boleh menurunkan berat badan. korang boleh memulakan dengan sukan kecil seperti jalan di kawasan perumahan.. kawasan joging atau taman bunga (bukan pergi dating ya..haha) dan lain-lain tempat yang korang boleh jalan dengan selamat. Even kalau time pergi atau balik kerja..cubalah cari alternatif lain untuk berjalan kaki... ini tak, rumah dekat dengan LRT pon nak naik cab jugak.. (mohon terasa ye..hihi) Korang juga boleh pergi ke mana-mana gym dan cuba menggunakan elliptical trainer selama 40 minit dalam 5 hari , ini akan membantu korang untuk menurunkan berat badan, dan tentunya badan anda akan terasa lebih segar bugar.

2. Elakkan Minuman Bersoda
Bila korang dah terbiasa meminum minuman bersoda, memang susah la nak berhenti tabiat tu kan..pantang jumpa je... Start sekarang, korang kenalah  kurangkan atau tinggalkan terus minuman macam tu. Sebab apa?
Sebab didalam sebotol kecil minuman berseoda tu ada lebih kurang 250 kalori yang berpunca daripada GULA. Bagi kaum perempuan yang sering mengambil minuman bersoda akan lebih besar kemungkinannya diserang Obesiti. Bukan hanya obesiti,diabetes dan osteoporosis pon boleh dapat. Oh, Tidak!

3. Lupakan Junk Food
Tahukah korang bahawa makanan segera ni penuh dengan kalori?. Dan kalori dalam makanan segera ni kebanyakan berasal dari LEMAK. Bahkan, satu hidangan makanan segera terutama yang jenis junk food mengandungi semua jumlah kalori yang kita perlukan dalam satu hari. Jadi kita kena kurangkan pengambilan makanan-makanan segera ni..Yang rasa diri dia tu wanita, kenalah rajin memasak makanan sendiri ye..jangan asyik nak makan mee maggie je... hihi...Aktiviti memasak tu pon adalah salah satu senaman juga taw... sedikit sebanyak dapat mengurangkan berat badan juga walaupun sikit-sikit... :)

4. Kurangkan Hidangan Makan
Part ni ceq percaya memang ramai yang susah nak buat.. ceq pun sama juga... tapi tu la..demi KESIHATAN dan KECANTIKAN..ceq gagahkan juga... Bila korang sudah terbiasa ambil makanan lebih, lemak korng pon akan bertambah lebih-lebih la jawabnya..cuba kawal nafsu makan tu ya.. jangan ada 10 hidangan, semua hidangan tu korang nak makan.. hohoho..

5. Makanlah Lebih Kerap Dalam Hidangan Kecil
Makan lebih kerap dalam jumlah yang kecil ni bertujuan untuk bagi korang rasa kurang lapar. Kalau sebelum ni korang makan 1 pinggan nasi penuh... start harini korang cuba kurangkan menjadi separuh pinggan sahaja.. InsyaAllah, sangat membantu korang dalam mengawal nafsu makan.. 

6. Perbanyakkan memakan Buah dan Sayur
Gantilah kebiasaan korang makan kerepek kentang atau coklat dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Dengan begitu korang akan mendapat 2 kebaikan, yakni mengurangkan berat badan dan mendapat nutrisi yang sihat dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Bagus kan!

7. Minumlah Sebelum Makan
Tahukah anda bahawa dengan  meminum air putih 5-10 minit sebelum makan dapat mengurangkan rasa lapar? Ya.. ianya terbukti berkesan! Jadi 5-10 minit sebelum makan pastikan korang minum air putih terlebih dulu ya. Dengan cara ni, korang juga dapat mengurangkan pengambilan hidangan makanan kerana korang sudah merasa sedikit kenyang. Bagus kan tips ni.. :)

8. Cari Aplikasi yang Membantu Program Diet
Nah untuk cara menurunkan berat badan secara semulajadi yang satu ini terbilang unik dan moden. Yakni dengan aplikasi program diet. Sekarang sudah banyak sekali aplikasi untuk membantu memudahkan program diet. Anda boleh mencarinya di Google atau tempat aplikasi sesuai alat anda, semisal kalau android boleh melawat Android Market .

9. Ganti Nasi Putih dengan Nasi Merah
Jika korang ingin langsing dalam masa yang cepat, korang juga boleh mengaplikasikan tips ini dengan menukar karbohidrat putih dengan karbohidrat kompleks. Karbohidrat ini memerlukan masa yang lama untuk dicerna oleh tubuh, sehingga perut terasa kenyang lebih lama. So, tubuh kita boleh menggunakan banyak tenaga yang berguna untuk mengurangkan kalori. Daripada memakan nasi putih, korang bolehlah menukar nasi dengan kentang ( rebus), kacang, oats dan roti gandum kerana makanan ini termasuk dalam kumpulan karbohidrat kompleks yang kaya dengan serat. 

10. Elakkan Makanan yang Digoreng
Nak lagi cepat turun berat badan, korang juga kena lebihkan makanan yang direbus,  panggang, kukus, stim atau sup dan kurangkan makanan yang digoreng. Ini kerana makanan yang digoreng sangat berpotensi menyimpan lemak trans yang boleh meningkatkan kolesterol dan menyebabkan penimbunan lemak berlebihan di dalam tubuh. Ingat tuuuu...

____________________________________________________________

KHASIAT SHAPE PLUS:

Untuk menyempurnakan usaha korang menguruskan berat badan, ceq syorkan pada korang untuk mengambil SHAPE PLUS. 
Kebaikan dan kelebihan Shape Plus:
 Membantu Meningkatkan Kadar Metabolisma dalam badan
✔ Menggalakkan pembakaran lemak dan menurunkan kadar kolesterol
✔ Membantu menguatkan imun sistem dalam badan
✔ Membantu menyingkirkan toksin dalam badan
✔ Membantu meningkatkan kalsium pada tulang
✔ Mencantikkan kulit dengan menggalakkan pembaikan dan pembentukan tisu dengan menyumbang bahan kolagen untuk kulit dan awet muda
✔ Membantu melancarkan proses pencernaan dan seterusnya menurunkan berat badan
✔ Membantu menyingkirkan selulit (lemak degil) dari lapisan bawah kulit
✔ Meningkatkan tenaga dan badan lebih berasa cergas dan sihat
✔ Membantu mengawal pembentukan lemak baru dalam badan
✔ Membantu menyerikan wajah dan mengelak wajah dari menjadi kusam




Jangan jadi macam dalam gambar ni baru nak berubah ye.. 

TIPS MENGENALPASTI USUS YANG BERMASALAH

Khusus untuk kaum lelaki , wanita, ibu menyusu, ibu mengandung, kanak-kanak 7 tahun ke atas dan warga tua... (golongan yang boleh mengamalkan Eve Fiber)


Jawapannya...ada pada bibir anda..
★ kering
★ merekah
★ keruping2
★ selalu mendapat ulser mulut

Kesan jika usus bermasalah..
★ lesu
★ buasir
★ jerawat
★ sembelit
★ perut kembung
★ kulit tidak bermaya
★ masalah berat badan meningkat

Dan jika dibiarkan lagi, pelbagai masalah akan menjadi masalah yang lebih kronik kerana usus tidak dapat menyerap khasiat makanan yang anda ambil setiap hari kerana telah dibebani kekotoran yang melekat di dindingnya!

Jadi..apa yang kembali diserap dan di jalankan sekitar badan anda...ianya hanya TOKSIN DARI KEKOTORAN yang terkumpul itu sendiri.

Maka benarlah...

PENYAKIT DATANG BERMULA DARI PERUT 

Amalkan EVE FIBER Hanya 1 sachet setiap hari. Ianya adalah produk mampu milik.





Sebulan hanya RM130 (WM) / RM140 (EM)
- utk kesihatan usus dan perut
- kesan pelansingan yang lebih berkesan
- memperbaiki struktur kulit

Agak-agak korang ada TOKSIN tak??

Kalo ada, jom ORDER Eve Fiber confirm puashati punyalah 

Its Not Just a Diet, but Its Cleansing!

HEALTHY • WEALTHY • HAPPINESS

Hukum memakai inai bercorak di jari wanita Muslim.



Kenal tak siapa dalam gambar ni?? ya.. Dato' Siti Nurhaliza Tarudin... saja je mengimbas kembali memori time beliau berkahwin... cantik kan... hehe.. suka sangat tengok dia ni...

ok.. berbalik pada story kita.. lately ramai artis yang dah berkahwin dan berhijrah dengan berhijab.. ALHAMDULILLAh.. harap2 mereka semua istiqomah untuk terus berhijab..
dan ramai pula kawan-kawan yang sebaya dengan ceq dah berumah tangga..yang ada anak 2 pun dah ada okey.... bila la pulak turn ceq ni ye? hihi...InsyaAllah... doakan ceq yeee... ^_^


Tu duk buat apa pengantin oi???  suami kunci tak bagi masuk bilik ka?? hahaha...

Pengantin dan Lesung Batu tajuk ceritanya..hahaha... semua tu gara-gara pintu bilik housemate terkunci lah... dalam hati.. ("serba guna juga lah lesung batu ni kan").. siap uncle rumah bawah naik ketuk pintu kami...hahaha...ya lah... pukul 9-10 malam duk bertukang..apa kessss.. 
so..moral of the story... sediakan spare key di luar bilik untuk keselamatan anda dan keluarga anda ye.. :)

Back to our story...sebenarnya ceq nak share pasal inai.. ceq minat juga la lukis-lukis inai ni... sebab ceq memang minat melukis (time dulu-dulu la...la ni nak pegang pensel pun payah...huhu)..ceq nak share apa pasal inai ni?? 

tadi share pasal Dato' Siti kahwin... lepas tu pasal Pengantin + Lesung Batu.. lepas tu Inai pulak... haaa..nampak tak disitu...semua tu ada kaitan kan...

ye la..dulu-dulu orang nak pakai inai mesti kena tumbuk daun inai dengan lesung batu kan.. sekarang ni tak lagi.. banyak dah instant Inai/ Henna ni.. macam mee instant pulak kan... 



Apa hukum anak dara berinai? boleh atau tak? 

Ceq perasan ada ramai yang masih keliru tentang HUKUM PENGANTIN PEREMPUAN MEMAKAI INAI BERCORAK. Meh ceq nak kongsikan satu fatwa ini :

Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak.

Muzakarah telah memutuskan bahawa:

✔ Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

✔ Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

✔ Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

SUMBER : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemakaian-inai-bercorak-mengikut-syarak


__________________________________________________________________________

Ceq nak kongsikan seorang pelukis inai yang ceq suka sangat tengok hasil seni dia..


Siyesly...ceq suka sangat tengok corak-corak yang dia lukis...cantik kan...cantik kan...  <3 <3

ok. Tata 

Sunday, 27 October 2013

Sunnah Nabi dan KELEBIHAN GARAM.

Assalamualaikum... 
Korang apa khabar?
pagi ni breakfast apa? Harini Fiqa bangun awal taw...semangat masak nasi goreng + ayam goreng untuk breakfast..Almaklum la..kat rumah ada tetamu datang.. dari jauh dia datang si mak buyung tu..hehe... kemain dia..rajin betul jalan-jalan kat KL..sempat juga la sembang-sembang pasal bisnes.. bisnes ko ok tak? haha... sembang jugak tu kan..walaupun tak banyak.. si mak buyung tu pon jadi agen Hi-O juga.. semangat dia taw! 

Nak dijadikan cerita, nasi goreng pagi ni boleh la tahan sedapnya (kekeke...puji nampak).. tapi kan.... ayam goreng tu masin la habaq ang... ter-over letak garam... last-last ceq juga la yang kena habiskan.. uhuk-uhuk.. 

Bahaya tak kalau kita terlebih makan garam ni? lately masakan ceq asyik terlebih masin aje.. apakah??? hahaha

Dah terlanjur cakap pasal masin --> GARAM..
Korang tahu tak yang kita ni disogok dengan fakta palsu pasal garam... Ambil garam lebih boleh kena tekanan darah tinggi...YA..ini adalah SALAH sama sekali...sebenarnya ini adalah protokol orang Yahudi taw...

Back to cara hidup Rasulullah S.A.W... Sebelum makan, Nabi akan meletak secubit garam di lidah untuk mengelak santau dan untuk menapis makanan yang akan dimakan (bagi mengelakkan gangguan jin/iblis). Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.


Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka. Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam. Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.

Rasulullah juga setiap kali menggembara akan memamah sedikit garam sebelum mengambil makanan atau minuman. Ini bertujuan untuk menstabilkan badan, meningkatkan ketahanan/imun badan kerana setiap bumi/ tempat mempunyai udara, megnatik dan hawa yang berlainan. Dalam kitab perubatan Islam ada menyebut ia dapat mengembalikan tenaga yang hilang semasa perjalanan. Cara Rasullullah ini telah menjadi amalan oleh pengembara/penuntut ilmu atau sesiapa sahaja yang bermusafir.


Benarkah garam juga boleh digunakan sebagai 'pagar' dari gangguan jin/makhluk halus? Bagaimana tu ya? 
Allah dah cipta garam adalah penarik toksid/asid/racun dalam darah atau tubuh dan jga penarik unsur-unsur negatif (pengamalan Darus Syifa' untuk 'bersihkan' rumah atau 'pagar' rumah perlu menabur garam di sekeliling rumah. Garam juga ada unsur yang boleh menyeimbangkan semula sistem tubuh badan kita.

Tetapi garam boleh menjadi rosak apabila dimasak atau bertindakbalas dengan suhu tinggi/panas. Maksudnya kalau nak masak.


Tips:
Sebaiknya gunalah garam bukit atau garam buluh dan elakkan meletakkan garam semasa makanan sedang panas dimasak di atas dapur. Tutup api dapur dan biarkan suhu turun dahulu barulah letak garam...kita panggil "bubuh garam atas darat" macam orang Arab buat.. atau letak garam masa nak makan.

Sebabnya? Garam ada Sodium dan Potassium... Tubuh badan kita memerlukan potassium yang lebih..kalau garam dipanaskan dengan api yang kuat, kandungan garam hanya akan tinggal Sodium sahaja. Potassium telah rosak dalam suhu yang panas.sebab itulah ramai yang terkena tekanan darah tinggi.

So,lepas ni mari pakat bubuh garam atas darat naaaaa..


KEGUNAAN GARAM DALAM PERUBATAN ISLAM:
Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:


1. Penyakit Gout – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut (di tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut. (Boleh la tidur dengan BioVelocity Sleepmate)

2. Kalau tinggal di bandar macam KL mana ada pantai kan. Jadi goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian bungkus dengan kain dan demah/tuam/tungku di bahagian yang benggkak atau sakit. (Boleh la tidur dengan BioVelocity Sleepmate)

3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Jika sakit lelah demah/tuam tapak kaki. (Boleh la tidur dengan BioVelocity Sleepmate)

4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan. (Boleh la Minum Air Garam Buluh)

5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat eg bertani, bersukan dll – minum air suam dan sedikit garam. (Boleh la Minum Air Garam Buluh)

6. Mencuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.(Boleh la Minum Air Garam Buluh)



TIPS: 
- Anak yang selalu mengigau, ambil segenggam garam kasar diletakkan di dalam piring kemudian diletakkan di sebelah atas kepala anak tersebut semasa tidurnya. Insyaalah tidak mengigau lagi. (Boleh la tidur dengan BioVelocity Sleepmate, ohhh Aish memang tidur lena sejak kitorg gunakan BVSleepmate nie, kalau tak asyik merengek2 jee)
- Tabur garam di tempat tidur bagi mereka yang suka berkelah di hutan/pantai. Elakkan dari tidur di atas tanah/bumi, sebaiknya lapik dengan benda/kain tebal kerana udara yang keluar dari bumi akan masuk ke liang roma bersama-sama jin. (Boleh la tidur dengan BioVelocity Sleepmate)


7 KHASIAT GARAM UNTUK KESIHATAN:
1 . darah
Garam sangat penting untuk mengimbangi tahap keasidan gula yang ada dalam tubuh. Hal ini sangat penting terutama bagi orang yang mempunyai diabetes.

2. jantung
Mengambil garam dalam jumlah yang cukup dan tidak berlebihan boleh membantu menstabilkan degupan jantung yang tak teratur.

3. otak
Garam membantu mengeluarkan kelebihan asid dari sel tubuh. Hal ini adalah penting dan sangat diperlukan oleh sel pada otak.

4. usus
Garam membantu menyerap artikel makanan, ketika ianya melalui saluran pencernaan.

5. Paru -paru
Garam sangat penting untuk membersihkan paru-paru dari lendir atau kahak yang melekat. Hal ini sangat berguna terutama pada sesiapa yang mempunyai asma dan cystic fibrosis .

6. sinus
Sinus adalah rongga udara yang terdapat di kawasan wajah yang berhubung dengan hidung. Sinus berguna untuk menjaga kelembapan bahagian dalam hidung. Dalam hal ini, garam boleh membantu saat sinus tersekat. 

7. otot
Walaupun nampak macam tak ada kaitan, namun garam boleh membantu untuk mencegah terjadinya keram otot.



Di bawah ni ceq kongsikan produk Hi-O yang mengandungi garam Buluh dan baik untuk kesihatan dan tubuh badan kita:


1. Sabun Marine Essence AJAIB (info)


2. Marine Essence  Bodywash and Shampoo



3. Garam Buluh - untuk masakan


4. Garam Buluh -  minuman


5. Mineral Coffee


6. BioVelocity Sleepmate

Semoga perkongsian yang disampaikan ini dapat menjadi panduan dan diamalkan. InsyaAllah semoga kita dirahmati oleh-Nya.

-Sis FiQa-




Tips menggunakan Feminine Wash Jamu Susuk Dara (FW)




1- Selepas membuang air besar atau air kecil.
2- Basuh bersih-bersih tempat kekotoran.
3- Ambil sedikit Feminine Wash susuk dara dan gosok bahagian intim anda.
4- gosok lama sikit dan pastikan anda belek setiap lapisan bibir vagina. Biarkan seketika then baru bilas feminine wash tu. kalau anda biarkan lama sedikit, memang akan rasa kecoolan FW ni. gosok sampai lubang bontot sekali sebab kat situ biasanya bau hapak kalau tak dijaga betol-betul.
5- dah bilas, lap sehingga kering. Pastikan betul-betul kering sebelum anda pakai underware. kalau tak lap kering-kering, underware jadi lembap. bila lembap, bau busuk. betol tak? hehe

For your information, FW susuk dara sangat berubat. mereka yang jenis berpeluh celah kangkang, bau busuk, keputihan, kena cuba FW ni. insyaAllah sangat membantu.

FW juga boleh digunakan ketika mandi. saya sukaaaaaaaaaaaaaaaaa sebab kulit jadi dingin dan segar. tapi tak sukaaaaaaaaaaaaaa sebab tak banyak buih. yes, tak banyak buih sebab this FW is soap free. sebab tu sangat sesuai digunakan di bahagian intim wanita.

Betul ke betul? hihi

Apa itu Urinary Tract Infection?

Urinary Tract Infection (UTI) atau KENCING KOTOR adalah istilah umum untuk menunjukkan bahawa air kencing tidak normal. Tidak normal disini bermaksud kemungkinan air kencing itu terdapat kesan-kesan jangkitan di 'urinary tract' yang biasa terjadi kepada perempuan terutama bila perempuan tersebut mengandung. Air kencing kotor boleh juga menunjukkan bahawa kandungan air kencing terdapat bahan-bahan mineral lain yang tidak sepatutnya ada pada air kencing yang biasa. Antaranya adalah komposisi albumin,keton,urobilinogen yang menunjukan tanda-tanda awal fungsi ginjal dan hati tak berfungsi dengan baik.

Kencing kotor ini boleh terjadi dari kandungan berusia 6 minggu - 24 minggu. Kencing kotor terjadi pada wanita mengandung kerana berlakunya tekanan pada struktur pundi kencing akibat dari rahim yang membesar yang mengakibatkan kencing tidak dapat keluar dengan sempurna sehingga boleh menyebabkan ia bertakung dan kuman pula senang membiak.

Kencing kotor juga boleh menjadi petunjuk kepada masalah yg serius seperti praeklampsia.



Antara tanda-tanda kita dijangkiti ialah :
- kerap membuang air kecil sepanjang hari
- terasa sakit ketika melakukan hubungan seks...
- terasa ingin kencing yang terlampau tapi air kencing yg keluar cuma setitik dua sahaja...
- rasa loya atau muntah
- air kencing mengandungi darah
- air kencing tidak bersih dan bewarna keruh
- air kencing berbau kuat
- sakit di bahagian bawah perut, rusuk dan belakang... (perlukan rawatan segera kerana ini adalah disebabkan jangkitan yang serius)
- rasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.

LANGKAH PENCEGAHAN:
- Minum sebanyak air yang mungkin sehingga air kencing menjadi jernih (disarankan 6-8 gelas air kosong sehari)
- Bagi yang mudah dijangkiti, makanlah dadih sekerap mungkin kerana dadih membetuk persekitaran berasid dan menghalang pembiakan bakteria
- Jangan menahan rasa kencing... jika terasa untuk membuang air kecil segeralah melakukannya. Gunalah FEMININE WASH DAN DIIKUTI DENGAN MASKER VAGINA (AKAN RASA BERANGIN JER TAU)
- Apabila membuang air besar, amalkan mencuci bahagian depan kemudian barulah mencuci bahagian belakang.
- Cuba elakkan aktiviti fizikal lasak seperti berbasikal, menunggang motor & mengembara.
- Elakkan pakaian dalam yang ketat. Pakaian dalam yang elok ialah yang diperbuat dari kapas.
- Elakkan dari mandian bersabun wangi, pencuci wanita, deodoran, tampon & napkin...
- Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks...(LAGI SEKALI GUNA FEMININE WASH OK- RASA MCM AIRCOND JER TAU)
- Mandi dgn air pancuran.
- Tukar tuala wanita dgn lebih kerap.
- Mengamalkan jus Cranberry tanpa gula
- Kurangkan makanan berproses, jus buah, kafein dan gula.
- Kencing sebelum dan selepas mengadakan hubungan seks.
- Jangan berendam di dalam bath tub lebih daripada 30 minit/lebih 2 kali sehari. 


Testimoni Feminine Wash (FW)







Pantang LARANG pengguna JAMU JSD


Hello! 
yang teruja nak consume jamu-jamu JSD ni, tahu ke pantang larang JSD? kalo tak tahu, meh nak kasi tau..produk2 jamu seperti JAMU PENGANTIN DARA, JAMU AKU DARA, JAMU JALINAN CINTA, JAMU LELAKI JUTAWAN, COKLAT LOVE HABIBI mesti ada pantang larang ye..


PANTANG LARANG JAMU JSD:-
~ NO minuman berais
~ NO minuman berkarbonat
~ NO minuman beralkohol
~ NO minum air kelapa/tebu
~ NO minum air manjakani/kunyit/kacip fatimah dan seangkatan dgnnya
~ NO makan jamu2/herba produk lain (jika nak ambil jamu JSD, please stop daripada mengambil sebarang jamu/herba yang diambil sekarang selama sebulan baru leh amik JSD pulak)
~ NO sebarang ubat/supplement untuk kurus
~ NO makan durian (takut panasss..jamu kan panas nanti leh demam)
~ NO kepada yang pakai IUCD yg kurang setahun..lebih setahun boleh ye..(pantang ini utk JAMU PENGANTIN DARA je sebab kene insert..jamu-jamu lain leh je sebab just makan..)

**Kalau langgar pantang larang semasa dalam tempoh rawatan dan anda dapati tiada apa2 kesan yg baik ataupun kesan yang buruk terjadi, please JANGAN salahkan JSD ye..sila salahkan diri sendiri sebab tak beringat..please consult betul-betul dengan agen/pengedar/stokis JSD yang sah ye sebelum menggunakan produk-produk kami..dan yang paling penting, SILA BERITAHU MASALAH SEBENAR ANDA, penyakit-penyakit yang anda alami supaya senang kami ni ank consult anda dan suggest produk yang betul-betul sesuai..kami warga JSD benar-benar ingin menolong anda..please tolong juga beri kerjasama kepada kami ya..


Sekian terima kasih. :)

Cara untuk Mengenalpasti RAHIM Jatuh atau Tidak



Terdapat satu tips bagaimana nak mengetahui samada rahim / peranakkan kita berada ditempat sepatutnya atau telah jatuh / naik. Ni orang zaman dulu-dulu punya tips la nie.Tak salah nak cuba buat sendiri. Mudah saja. kita sendiri boleh tahu peranakan kita tu dah terturun atau berada di tempat yang sepatutnya..

Bagaimana tu ya??
Bila kita baring..try letak ibu jari kita kat dalam pusat..kalo terasa macam ada nadi berdenyut-denyut..itu tandanya peranakan kita berada di tempat yang betul..tapi kalau terasa kat bawah pusat..tu tandanya nak kena pergi mengurut la maksudnya ye..untuk menaikkan semula bahagian peranakan kita tu..

Untuk lebih tepat dan afdal, dinasihatkan anda pergi jumpa dulu mak bidan yang pandai mengurut. Kalau rahim semua ok, alang-alang boleh je minta urutkan satu badan. Sodappp..... Rase ringan sangat badan nie. Dan kalau boleh, carilah bidan / tukang urut yang mengurut sambil diselangi dengan bacaan selawat dan doa-doa dari Al-Quran. Moga lebih berkat dan sesuai untuk melembutkan jiwa yang kadangkala keras / susah menerima nasihat / ilmu.

InsyaAllah.. selagi ada usaha, selagi itu ada penawarnya.. :)

Bahaya makan BUAH BETIK?

Siapa yang tidak tahu apa itu BUAH BETIK? rasanya semua orang tahu kan...kalau masih ada yang tidak tahu, nah..ini buahnya:

Teringat masa kanak-kanak dulu...ada lagu pasal buah betik ni... lebih kurang macam ni la... "makan buah betik, kulit jadi cantik..lalalala" lupa dah la lirik dia..tapi siyesly..memang ada lagu buah betik ok...
buah betik ni merbahaya ke kalau kita makan banyak-banyak?
Sebelum menjawab soalan ni, jom kita tengok KELEBIHAN buah betik ni dahulu..

1. Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit. Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.

2. Daun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam. Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin.

3. Jika memanggang daging yang dibalut dengan daun betik, ia dapat melembutkan daging tersebut.

4. Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.

5. Di Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi.

6. Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.

7. Khasiat buah betik selalu dikaitkan dengan pengawalan dan pengurangan berat badan disamping menghaluskan kulit dan mampu menjadikan wajah sentiasa awet muda.

8. Daun betik pula mengandungi dekstrosa, karpain, karbohidrat, serat dan kalsium.

9. Daun betik yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis boleh membantu.

10. Daun betik tua, dikatakan boleh dibuat jus untuk mengubati penyakit denggi. Dengar khabarnya, platelet pesakit denggi akan segera bertambah jika meminum jus daun betik. Sejauh mana kebenaran ini, tidaklah diketahui.

11. Biji betik pula boleh digunakan untuk menyingkirkan cacing gelang dan cacing kerawit pada kanak-kanak. Caranya ialah dengan mengambil segengam biji betik dan tumbuk hingga hancur kemudian direbus dan diminum oleh kanak-kanak tersebut, tetapi awas, ia dipercayai tidak berapa sesuai untuk wanita yang sedang mengandung.

12. Getah daripada daun, buah atau batang berguna untuk mengubati kaki yang pecah-pecah dan cara menyapu getahnya pada tempat berkenaan. Getah betik juga berguna bagi melegakan kesakitan gigi yang berlubang dengan cara menitikkan getah pada lubang gigi tersebut atau boleh juga menggunakan kapas.

13. Daun betik yang ditumbuk lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit garam dan kemudian dilekapkan pada tempat yang luka dan dibalut dapat menghentikan pendarahan.

Ok..berbalik pada soalan kita tadi.. makan buah betik ni merbahaya ke?

Jawapannya...YA.. makan buah betik ni merbahaya kepada anda yang tidak ada masa untuk ke tandas...hehehehe~~

Tips atau Petua untuk merawat Buasir atau sembelit.
Tips atau Petua untuk melegakan perut dan mengeluarkan angin badan.
Tips atau Petua untuk melembutkan daging yang liat.
Tips atau Petua untuk merawat jerawat dan masalah kedutan di kulit muka.
Tips atau Petua untuk mengubati ketumbuhan dan mengurangkan Tekanan Darah Tinggi.
Tips atau Petua untuk mengubati tumit yang pecah-pecah.
Tips atau Petua mengawal dan mengurangkan berat badan.

Tips atau Petua menghaluskan kulit -awet muda.
Tips atau Petua mengubati sakit-sakit otot dan sakit sendi.
Tips atau Petua mengubati penyakit Denggi. 

Tips atau Petua mengyingkirkan cacing pada kanak-kanak.
Tips atau Petua melegakan sakit gigi berlubang.
Tips atau Petua menghentikan pendarahan luka.

Wah..banyak kan TIPS/PETUA yang kita dapat daripada buah betik ini...
...saya suka makan buah betik!!