Urinary Tract Infection (UTI) atau KENCING KOTOR adalah istilah umum untuk menunjukkan bahawa air kencing tidak normal. Tidak normal disini bermaksud kemungkinan air kencing itu terdapat kesan-kesan jangkitan di 'urinary tract' yang biasa terjadi kepada perempuan terutama bila perempuan tersebut mengandung. Air kencing kotor boleh juga menunjukkan bahawa kandungan air kencing terdapat bahan-bahan mineral lain yang tidak sepatutnya ada pada air kencing yang biasa. Antaranya adalah komposisi albumin,keton,urobilinogen yang menunjukan tanda-tanda awal fungsi ginjal dan hati tak berfungsi dengan baik.
Kencing kotor ini boleh terjadi dari kandungan berusia 6 minggu - 24 minggu. Kencing kotor terjadi pada wanita mengandung kerana berlakunya tekanan pada struktur pundi kencing akibat dari rahim yang membesar yang mengakibatkan kencing tidak dapat keluar dengan sempurna sehingga boleh menyebabkan ia bertakung dan kuman pula senang membiak.
Kencing kotor juga boleh menjadi petunjuk kepada masalah yg serius seperti praeklampsia.
Antara tanda-tanda kita dijangkiti ialah :
- kerap membuang air kecil sepanjang hari
- terasa sakit ketika melakukan hubungan seks...
- terasa ingin kencing yang terlampau tapi air kencing yg keluar cuma setitik dua sahaja...
- rasa loya atau muntah
- air kencing mengandungi darah
- air kencing tidak bersih dan bewarna keruh
- air kencing berbau kuat
- sakit di bahagian bawah perut, rusuk dan belakang... (perlukan rawatan segera kerana ini adalah disebabkan jangkitan yang serius)
- rasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
LANGKAH PENCEGAHAN:
- Minum sebanyak air yang mungkin sehingga air kencing menjadi jernih (disarankan 6-8 gelas air kosong sehari)
- Bagi yang mudah dijangkiti, makanlah dadih sekerap mungkin kerana dadih membetuk persekitaran berasid dan menghalang pembiakan bakteria
- Jangan menahan rasa kencing... jika terasa untuk membuang air kecil segeralah melakukannya. Gunalah
FEMININE WASH DAN DIIKUTI DENGAN
MASKER VAGINA (AKAN RASA BERANGIN JER TAU)
- Apabila membuang air besar, amalkan mencuci bahagian depan kemudian barulah mencuci bahagian belakang.
- Cuba elakkan aktiviti fizikal lasak seperti berbasikal, menunggang motor & mengembara.
- Elakkan pakaian dalam yang ketat. Pakaian dalam yang elok ialah yang diperbuat dari kapas.
- Elakkan dari mandian bersabun wangi, pencuci wanita, deodoran, tampon & napkin...
- Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks...(LAGI SEKALI GUNA
FEMININE WASH OK- RASA MCM AIRCOND JER TAU)
- Mandi dgn air pancuran.
- Tukar tuala wanita dgn lebih kerap.
- Mengamalkan jus Cranberry tanpa gula
- Kurangkan makanan berproses, jus buah, kafein dan gula.
- Kencing sebelum dan selepas mengadakan hubungan seks.
- Jangan berendam di dalam bath tub lebih daripada 30 minit/lebih 2 kali sehari.