A: Jom lunch...
B: tak nak la...kenyang..
A: kenyang? diet lah tuuuu...
DIET = TAK MAKAN?
Betul ke salah cara diet macam ni?
Ramai orang nak kurus dengan cepat, dan antara cara cepat kurus ialah dengan DIET tanpa makanan atau TAK MAKAN. Sebenarnya, diet dengan cara ini adalah SALAH dan BERBAHAYA!
Ini kerana apabila anda menjalankan ‘crash diet’ ni, badan anda akan kekurangan nutrien penting, baik makro atau mikro. Apabila badan tidak mendapat makanan yang diperkukan, ia akan menggunakan lemak sebagai bahan api. Secara tak langsung badan kita akan membakar lemak. Namun, bahayanya, pengamal diet jenis ini bukan saja kehilangan lemak, malah kehilangan otot! Apabila kita mengalami kehilangan otot, kita akan hilang keupayaan untuk membakar lemak dan metabolisma akan menurun.
Orang yang mengamalkan diet cara salah ni akan naik berat badan bilamana dia menghentikan diet-nya. Kerana apa? Kerana bila kita tak lagi menjalankan diet ketat tu, badan kehilangan upaya membakar kalori seperti sebelumnya. Inilah yang dikatakan diet yo-yo, di mana bila diet, berat badan turun tapi bila makan macam sebelumnya, badan naik balik.